Perubahan itu memang susah namun bukan mustahil kerana semua yang terlihat dimata telah menjelaskannya.
Apatah lagi mengubah citra diri dalam suasana dimana mereka di sekitar kita (baca: akulah..aku yang sedang membaca ni) mengenali kita dengan dengan sesuatu “trademark” atau persepsi atau “kita adalah kita juga”. Ya! inilah cabaran suatu perubahan. Inilah juga medan menguji kesabaran. Sabar dalam kebaikan. Sabar menghadapi kritikan. Berbanding kita mengambil suatu tempoh masa dalam suatu suasana yang membina dan terasing dari suasana kebiasaan kita, perubahan itu akan menjadi lebih lancar.
Namun harus diingat, Natijah perubahan itu mudah terlihat namun prosesnya jarang mendapat perhatian. Proses perubahan dalam suasana kebiasaan selalunya dapat menjentik kepekaan sesetengah pihak tanpa perlu bicara dan golongan ini terkesan dengan “kekuatan dan kesungguhan kita untuk berubah” kerana itu harganya mahal. Bayarannya tidak sedikit. Andai cemuhan, perlian, cercaan sepatah dua telah berjaya melunturkan keazaman kita, itu menandakan bayaran yag kita keluarkan masih belum sepadan dengan hasil yang kita mahukan.
Ada suatu hal yang mungkin kita terlepas pandang. Bagaimana pada mulanya manusia-manusia lain mempunyai persepsi terhadap kita? Kalau bukan datangnya dari kita juga. Ini tidak lain hanya memberikan suatu tanda bahawa kita lah yang menentukan imej kita di mata manusia. Kita mampu tampil sebagai siapa pun pada bila-bila masa pun jika kita mahukan. Selari dengan lirik lagu tema Piala Thomas pasukan Malaysia suatu ketika dahulu,” Engkaulah apa kau fikirkan“. Kita mampu mengubah citra diri ke arah yang lebih unggul.
Kulaan niring napaan takuhiring..(baca: saudara tengok apahal yang kau tersenyum) Pernah mengalaminya. Mampu tersenyum kerana sudah berjaya berubah. Wait..wait a minute. I would like to congrats you for that but life is too long for anything to take place. Apa kayu ukur perubahan itu? Perubahan yang bagai mana telah kita tempuhi. Lambat laun perubahan ini akan teruji. Apakah kita telah mampu untuk terbang bebas di angkasa atau masih diikat tali-tali keduniaan yang pada sangkaan kita telah kita putuskan namun sebenarnya hanya meleraikan simpulan.
..Kerana jalan ke Neraka itu indah. Hari ini mungkin kita terlepas namun jika kita bersambil lewa, jerangkap-jerangkap halus syaitan akan mengantarkan kita ke jalan itu kembali. Sambil lewa yang bagaimana? Andai kita blurr akan halatuju perubahan, methodologi perubahan, asas perubahan dan pertimbangan antara idealisma dan realiti kehidupan, maka kita perlu berbuat sesuatu untuk mengatasinya. Masa telah menyaksiakan, semua yang bermula akan berakhir namun persoalannya adalah pengakhiran yang bagaimana yang kita mahukan. Mungkin bukan esok! Mungkin bukan lusa! Mungkin setahun lagi! Mungkin sepuluh tahun lagi…That’s yours to choose
(Garapan dari mereka yang telah dahulu pergi dan bagaimana membina kemahuan diri)


salam dari Dublin.. pekaba?? saje2 bloghopping, terhop ke sini pulak.. anyway, kalau rajin, dtg laa jenguk2 blog hamba..