Tiada kenal kata henti

13 02 2009

Hanya mereka yang tidak kenal kata henti yang telah dan akan melakar sejarah. baik ataupun jahat, yang pastinya sejarah akan dilakar oleh mereka. Berhenti dan fikirkan sejenak!

44853070_34d115a7f9_o1

Bermula dari Adam a.s. …..Muhammad s.a.w….Hasal al-Banna….Mustapha Masyur….Albert Einstein…Firaun…dan seterusnya.

Mereka tidak kenal kata henti. Memburu cita-cita sehingga selamanya. Naudzubillah jika akhirnya ke neraka seperti Firaun. Alhamdulillah jika selamanya digenangi nikmat di syurga seperti para anbiya’ dan golongan-golongan yang disebutkan Allah di dalam Al-quran.

Maka teruskan setiap yang baik pada timbangan Al-quran dan sunnah. Jika sudah menulis, maka jangan pernah berhenti tetapi perbaiki dari semasa ke semasa sama ada dari segi gaya penulisan, isi dan penguraian, contoh dan perincian mahupun golongan sasar penulisan baik diri sendiri, rakan-rakan, ataupun netizens.

Ingat! Jangan pernah berhenti andai telah bersama kebenaran


Actions

Information

Leave a comment