Diam kerana Allah

11 05 2009

Memetik suatu perenggan dari ceramah Imam Suhaib Webb. Dia memetik kata-kata ulama silam bahawa mereka yang diamnya kerana Allah dalam kesedaran bahawa itulah yang terbaik pada ketika itu maka ganjaranya sama dengan mereka yang berbicara kerana Allah dalam keadaan sedar bahawa itulah yang terbaik pada ketika itu.

Apa yang menarik mengenainya adalah dalam lingkungan sosial masa kini, tidak ramai yang berusaha melawan pelbagai cabaran untuk mempraktikkan berbicara kerana Allah dalam keadaan sedar bahawa itulah yang terbaik pada ketika itu. Apatah lagi untuk diam kerana Allah dalam kesedaran bahawa itulah yang terbaik pada ketika itu.

Berbicara itu mudah. Diam tanpa kesedaran itu lebih mudah. Namun Berbicara kerana Allah itu susah dan diam kerana Allah itu lebih susah dengan melihat konteks sosial dan komunikasi massa era globalisasi ini.


Actions

Information

Leave a comment