Ketuanan Melayu? HUHhhhh

20 02 2011

‘Ketuanan Melayu’ releven dan tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Malah ia merupakan anjuran yang bersifat islamik untuk menjaga maslahah ammah atau kepentingan umum berdasarkan illat seperti yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun dalam kitabnya, Al Muqaddimah.

Ia bukanlah bermakna kepentingan bangsa atau kaum lebih diutamakan dari Islam. Keadaan ini sama seperti ‘Ketuanan Quraisy’ dalam pemerintahan khalifah yang masih meletakkan Islam sebagai prioriti teratas dalam pemerintahan mereka.

Di sana terdapat banyak hadis-hadis sahih berkenaan prasyarat pemerintah mestilah dari keturunan Quraisy. Salah satunya ialah sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:

Maksudnya: “Para Imam (mesti) dari golongan Quraisy.” [HR Ahmad dan al Baihaqi]

Apakah Nabi s.a.w. bersifat perkauman sempit dengan bersabda demikian? Nauzubillahi min zaalik. Semoga Allah menjauhkan kita dari persangkaan buruk sedemikian.

selain dari itu, jika kita melihat hadith ini sebatas zahirnya semata-mata, sesunguhnya perkara ini telah lama disalahi dengan melihat sejarah di mana antaranya khilafah uthmaniyyah dan empayar melayu melaka yang bukan dari golongan quraisy…..maka pemahaman sebagaimana yg dibawakan oleh hadith ini?

Menurut Ibn Khaldun, sebenarnya illat yang melatarbelakangi kepimpinan di tangan Quraisy ialah kerana mereka merupakan golongan yang kuat dan berwibawa. Tidak ada satu bangsa yang dapat menandingi mereka dalam hal kewibawaan politik. Dengan demikian hanya merekalah yang berhak memegang kekuasaan politik.

Penyerahan kekuasaan kepada golongan lain akan menimbulkan kekacauan dan tidak menolak kemungkinan akan terjadi peperangan sesama umat Islam tanpa ada yang dapat menyelesaikannya. Menurut beliau, illat yang terkandung dalam penyebutan golongan Quraisy akan terus berlaku dengan syarat asabiyyah (kekitaan), kewibawaan dan kekuatan politik dapat dipenuhi.

Ibn Khaldun menyebutkan:

“Kerana itu, kita pun menganggapnya sebagai satu prasyarat yang mendesak bagi seseorang yang bertugas menguruskan persoalan kaum Muslimin supaya dia termasuk golongan orang-orang yang kuat perpaduannya, dan mengatasi perpaduan bangsa-bangsa lain yang semasa dengan mereka, sehingga mereka dapat memaksa bangsa-bangsa itu bersatu demi kepentingan bersama. Kenyataan demikian tidak akan pernah ditemukan di seluruh pelusuk dunia sebagaimana terjadi pada masa kekuasaan keturunan Quraisy; sebab dakwah Islamiyah yang ada pada mereka sifatnya adalah universal, sehinggakan mereka dapat mengalahkan bangsa yang lainnya. Namun dewasa ini setiap daerah mempunyai orangnya sendiri yang mewakili perasaan ‘asabiyyah (kekitaan) terbesar di sana.”

[Mukadimah Ibn Khaldun (2006), Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 207-208]

Advertisement

Actions

Information

2 responses

21 02 2011
lasiaf87

salam bro, maaf sangat, memang tak sempat la nak design.. actually ada la sikit masa hari tu digunakan untuk buat.. tapi tak dapat2 idea.. sebab logo agak payah sikit bagi ana.. tiada pengalaman.. nak kena simple but yet merangkumi semua element.. huhu.

maaf.

21 02 2011
elarquiteqto

no worries..

actually tak sempat hantar team pun ..pasal clash ngan komitmen2 lain…btw idea ni masih di tahap pembangunan.jzkk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.