Aku hanyalah salah seorang pencari rezeki dari Pemberi Rezeki, Allah s.w.t

24 10 2009

Maka bermulalah pencarianku semenjak aku mengenali hakikat ini.

Fasa pra-intensif

Final sem or better final year or the best time is “industrial training” year….Result masih belum “materialise”.

Key stuff adalah;

  • strong academic track record
    • maintain at an excellence level (define by yourself)
  • awesome industrial training
    • Do you have one? Where is it? What do you gain?

Methodology;

  • Career fair
    • Such as Graduan Career Fair
      • Go and try your skills although your result may not be strong enough. Mind you! oversea students! if it is done on the place you study, the interview may be just walk-in interview..just that and then you will secure a place at the company…BUT….if you wait till you are back in Malaysia then you will going through a series of a thorough interviews
    • Online
      • jobstreet, graduan.com.my, seek.com, monster.com, jobsdb.com, and many more………….
    • Through your appropriate network (friends, family, seniors, alumni)

Fasa intensif

Result dah “materialise”. Academic transcript at your hand. Testamur (sekeping ijazah sewaktu convo) juga diperlukan untuk sesetengah tempat seperti JPA

Key stuff adalah;

  1. Your performance during interview
    1. The most important thing. You flop here! then you know where you are heading to. Be Confidence. How? refer to the title of this article. REMEMBER! in interview, it is not only the company which are looking for the best talent BUT you too are looking for the BEST company to work for, depends on your own criteria.
  2. Your result
    • in CGPA (convert it on your own using reliable methodology based on IPTA/IPTS system in Malaysia)
  3. Awesome industrial training
    • Do you have one? Where is it? What do you gain?

Methodology;

  • Career fair
    1. Such as Graduan Career Fair and many more
      • Why? ada walk-in interview sessions, so you can try one and cut short your road map to your dream job instead of do the search on your own through internet
      • Go to the career fair as you go for an interview. Be prepared.
    2. Online
      • jobstreet, graduan.com.my, seek.com, monster.com, jobsdb.com, and many more………….put your result
      • Chances, the more you applied for, the better chances you are going to have depends on;
        • Current economic performance
        • Your specialized field
        • Experience (here is the place where industrial training may come into the picture)
        • 100 applications, 50 may be considered and then you can expect less than that will respond to you
    3. Through your appropriate network (friends, family, seniors, alumni)
      1. Bukan pilih kasih bai! kroni pun bukan! COZ there are companies which are searching for new talents through their workers’ colleagues, families, friends and so on so forth. Thus, it is absolutely a no no….. in newspaper, online or whatsoever that pop up in your head at the moment

Adalah satu mamat ni punyer cerita..

Balik time2 cenggini. Forget that  Big recruitment in Malaysia usually take place in Jan and June every year. Tapi planning tetap ada. ASAP mesti mau kerja. So minggu pertama, apply semua kerja di semua peluang yg ada di internet. minggu kedua attend interview yg dapat dari minggu pertama and at the same time, hantar je resume ke semua company yang ada di Malaysia. Then buat tuition. Ada la income skit. Tak pun carilah apa kerja yg halal. Ini kalau mau la, kalau mau spend dengan family pun tak per. Measure it using your own specific standard. You know yourself and your condition better than anyone else but then it won’t stop you to ask for others advice. Alhamdulillah dapat kerja juga. Masa nak pilih kerja juga dilema. Lepas tu offer lain juga datang bergolek2 lepas dapat kerja. pergi interview lain juga jadi kurang bersungguh sebab dah secure job then blum start lagi. Nak buat comparison pun kena tahu juga la cam na nak compare. So in the end, using tracking decision method system, decide to stay and disregard others.





A tribute to My Red Giant

1 10 2009

A start to My Black Ex5

Amal &  EX5

A beginning of The Builder’s Empire





Irama Luahan hati

12 07 2009

Dipercayai untuk mendengarkan luahan hati adalah suatu penghargaan, suatu penghormatan, suatu kepercayaan, dan suatu hakikat perkenalan malahan itulah salah satu tiang peradaban.

Dan lebih manis dari itu, luahan hati itu adalah dari teman-teman seperjuangan. Biarpun pahit mendengarkan, kemanisannya jauh terasa. Biarpun pedih menelan, kegembiraannya memenuhi segenap ruang.





Tiada kenal kata henti

13 02 2009

Hanya mereka yang tidak kenal kata henti yang telah dan akan melakar sejarah. baik ataupun jahat, yang pastinya sejarah akan dilakar oleh mereka. Berhenti dan fikirkan sejenak!

44853070_34d115a7f9_o1

Bermula dari Adam a.s. …..Muhammad s.a.w….Hasal al-Banna….Mustapha Masyur….Albert Einstein…Firaun…dan seterusnya.

Mereka tidak kenal kata henti. Memburu cita-cita sehingga selamanya. Naudzubillah jika akhirnya ke neraka seperti Firaun. Alhamdulillah jika selamanya digenangi nikmat di syurga seperti para anbiya’ dan golongan-golongan yang disebutkan Allah di dalam Al-quran.

Maka teruskan setiap yang baik pada timbangan Al-quran dan sunnah. Jika sudah menulis, maka jangan pernah berhenti tetapi perbaiki dari semasa ke semasa sama ada dari segi gaya penulisan, isi dan penguraian, contoh dan perincian mahupun golongan sasar penulisan baik diri sendiri, rakan-rakan, ataupun netizens.

Ingat! Jangan pernah berhenti andai telah bersama kebenaran





Interaksi dan komunikasi

8 02 2009

Interaksi dan komunikasi adalah sarana yang cukup hebat dan terbukti dalam mendekatkan hati-hati manusia mahupun sebaliknya. Lihat saja pada linkungan kita! Rakan-rakan kita? Jiran-jiran kita? Apa yang menghubungkan kita dan mereka? …Maka Jagalah interaksi dan komunikasi agar sentiasa berbunga barakah





Mengubah citra diri

21 11 2008

Perubahan itu memang susah namun bukan mustahil kerana semua yang terlihat dimata telah menjelaskannya.

Apatah lagi mengubah citra diri dalam suasana dimana mereka di sekitar kita (baca: akulah..aku yang sedang membaca ni) mengenali kita dengan dengan sesuatu “trademark” atau persepsi atau “kita adalah kita juga”. Ya! inilah cabaran suatu perubahan. Inilah juga medan menguji kesabaran. Sabar dalam kebaikan. Sabar menghadapi kritikan. Berbanding kita mengambil suatu tempoh masa dalam suatu suasana yang membina dan terasing dari suasana kebiasaan kita, perubahan itu akan menjadi lebih lancar.

dunia-yang-menipu

Namun harus diingat, Natijah perubahan itu mudah terlihat namun prosesnya jarang mendapat perhatian. Proses perubahan dalam suasana kebiasaan selalunya dapat menjentik kepekaan sesetengah pihak tanpa perlu bicara dan golongan ini terkesan dengan “kekuatan dan kesungguhan kita untuk berubah” kerana itu harganya mahal. Bayarannya tidak sedikit. Andai cemuhan, perlian, cercaan sepatah dua telah berjaya melunturkan keazaman kita, itu menandakan bayaran yag kita keluarkan masih belum sepadan dengan hasil yang kita mahukan.

Ada suatu hal yang mungkin kita terlepas pandang. Bagaimana pada mulanya manusia-manusia lain mempunyai persepsi terhadap kita? Kalau bukan datangnya dari kita juga. Ini tidak lain hanya memberikan suatu tanda bahawa kita lah yang menentukan imej kita di mata manusia. Kita mampu tampil sebagai siapa pun pada bila-bila masa pun jika kita mahukan. Selari dengan lirik lagu tema Piala Thomas pasukan Malaysia suatu ketika dahulu,” Engkaulah apa kau fikirkan“. Kita mampu mengubah citra diri ke arah yang lebih unggul.

Kulaan niring napaan takuhiring..(baca: saudara tengok apahal yang kau tersenyum) Pernah mengalaminya. Mampu tersenyum kerana sudah berjaya berubah. Wait..wait a minute. I would like to congrats you for that but life is too long for anything to take place. Apa kayu ukur perubahan itu? Perubahan yang bagai mana telah kita tempuhi. Lambat laun perubahan ini akan teruji. Apakah kita telah mampu untuk terbang bebas di angkasa atau masih diikat tali-tali keduniaan yang pada sangkaan kita telah kita putuskan namun sebenarnya hanya meleraikan simpulan.

..Kerana jalan ke Neraka itu indah. Hari ini mungkin kita terlepas namun jika kita bersambil lewa, jerangkap-jerangkap halus syaitan akan mengantarkan kita ke jalan itu kembali. Sambil lewa yang bagaimana? Andai kita blurr akan halatuju perubahan, methodologi perubahan, asas perubahan dan pertimbangan antara idealisma dan realiti kehidupan, maka kita perlu berbuat sesuatu untuk mengatasinya. Masa telah menyaksiakan, semua yang bermula akan berakhir namun persoalannya adalah pengakhiran yang bagaimana yang kita mahukan. Mungkin bukan esok! Mungkin bukan lusa! Mungkin setahun lagi! Mungkin sepuluh tahun lagi…That’s yours to choose

(Garapan dari mereka yang telah dahulu pergi dan bagaimana membina kemahuan diri)





Positifkan pandanganmu

15 06 2008

Memang tidak dinafikan susahnya untuk menerima nasihat apatah lagi dari bila ditinjau penasihatnya tidak jauh bedanya dari kita. Baik apa pun nasihatnya. Tambahan pula jika nasihat tadi diberikan dalam keadaan yang kurang enak dengan cara berbeda-beda yang tergantung kepada peribadi penasihat. Ya pedas! panas! apalagi perkataan yang boleh diguna pakai untuk mengekspresikan perasaan ini. Antara sedar atau tidak, kita terjatuh dalam perangkap syaitan bila mana emosi mengatasi kewarasan fikiran. Nasihatnya hilang entah ke mana! yang tinggal hanya rasa jelik yang entah dari mana datangnya. Ini fenomena biasa bukan luar biasa dan kita bukan orang yang pertama merasainya dan insyaallah bukan juga orang yang terakhir.

Namun amat rugilah kiranya kita mengenepikan sisi positif dari apa yang diberikan kepada kita baik dalam keadaan apa pun dari sesiapapun. Bukankah kita mahukan yang terbaik dalam segala bidang? Lalu apakah yang menghalang kita dari mengambil kebaikan dari setiap perkara yang dihadapkan kepada kita? Tidak salah bila penasaran mahupun terasa di atas perkara yang benar. Kitakan manusia dan sememangnya harus begitu sisi manusiawinya. Namun harus diingat! Berlebih-lebihan itu bukanlah sifat terpuji. Dan ingatlah suatu ketika dahulu wahai diri, kau mengatakan mahu martabat yang tinggi disisi Allah s.w.t. dan kau mengajak kami mengikutimu. Ya semuanya sekali, aku, akalmu, tanganmu, lidahmu dan semua rakan-rakanku yang lain. Pendek kata, kita semua. Ya saat itu, apakah yang mampu dilakukan olehku, jari jemarimu? Tapi kini dengan perkara kecil sebegini pun kau tidak mampu mengatasinya dan kita terperosok dengan mainan jiwa lembik. Mana sikap keras kita dahulu? Ya keraslah pada diri kita dan berlembutlah dengan orang lain. Mana darah muda kita? Mana hilangnya maruah kita jika pertarungan begini kita tunduk pada setan durjana?  Maka  kini , aku , jari-jemarimu mahu mengingatkanmu duhai hati, pemimpinku. Neraca apa yang kau guna? Apa yang kau kejar sebenarnya? Egomu? Mulia benarkah dirimu? Nah, sekarang bicarakan semuanya. Apa sebenarnya yang kau kejar? kau lihat sosok mulia Abu Hurairah! Adakah dia sepertimu membaling nasihat ke tepi.

Malam itu untuk ketiga kalinya maling pendusta itu tertangkap basah oleh Abu Hurairrah RA ketika sedang beraksi mencuri makanan milik kaum muslimin.
Kata Abu Hurairah “Sungguh akan aku bawa menghadap Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Ini adalah kali yang ketiga kau datang. Padahal kau telah berjanji tidak akan kembali, tapi ternyata kau balik lagi.” Kata orang itu, “Lepaskanlah aku, akan aku ajari kau beberapa kalimat yang Allah memberikan manfaat pada kalimat-kalimat itu.”
“Apa itu?”
“Jika engkau hendak tidur, bacalah ayat kursi. Karena Allah akan menjagamu sampai kau bangun, dan syetan tak akan berani mendekatikmu.”

Lalu Abu Hurairah pun membebaskannya. Esok hari Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bertanya kepada Abu Hurairah tentang tawanannya semalam. Kata Abu Hurairah, “Wahai Rasulullah, dia menyangka bahwa dia telah mengajariku beberapa kalimat yang bermanfaat bagiku, maka aku bebaskan dia.”
“Apa itu?” kata Nabi.
“Dia berkata padaku agar aku membaca ayat kursi sebelum tidur. Dan apabila aku membacanya, maka aku akan dijaga oleh Allah sampai subuh dan tidak akan ada seytan yang mendekatiku,” jawab Abu Hurairah.
“Ketahuilah, sesungguhnya dia telah berkata jujur padamu padahal sebenarnya dia itu pendusta. Tahukah kau siapa orang yang kau ajak bicara selama tiga malam ini, hai abu Hurairah?”
“Tidak.”
“Dia itu adalah setan.” (HR. Al-Bukhari)

(hadis ini dipetik dari perisaidakwah.com)

Maka kalau begitulah jiwa Abu Hurairah, adakah kita tidak mahu menjadi sepertinya. Terimalah nasihat. Pandanglah nasihatnya dan bukan penasihatnya. Aku tahu praktikalitinya susah. Aku akui. Namun kita akan hadapinya bersama. Pendekkata apa sahaja mendatang baik manis mahupun pahit. Kalau yang pedas, aku cadangkan cuba kita hayati cara yang dibawakan oleh Dr. Aid Al Qarni di dalam La Tahzan sepertimana berikut namun aku berharap agar kita memahami konteks agar tidak tempang aplikasinya;

Cara Mudah Menghadapi Kritikan Pedas
Sang Pencipta dan Pemberi rezeki Yang Maha Mulia, acapkali
mendapat cacian dan cercaan dari orang-orang yang tidak menggunakan akal.
Maka, apalagi aku, kamu dan kita semua sebagai manusia yang selalu terpeleset
dan salah. Dalam hidup ini, terutamanya jika Anda seseorang yang selalu
memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha membangun, maka
Anda akan selalu menjumpai kritikan-kritikan yang pedas dan pahit.
Mungkin pula, sesekali Anda akan mendapat cemuhan dan hinaan dari
orang lain.
Dan mereka, tidak akan pernah diam mengkritik Anda sebelum
Anda masuk ke dalam liang bumi, menaiki tangga ke langit, dan berpisah
dengan mereka. Adapun bila Anda masih berada di tengah-tengah mereka,
maka akan selalu ada perbuatan mereka yang membuat Anda bersedih
dan meneteskan air mata, atau membuat tempat tidur Anda selalu terasa
gerah.
Perlu diingat, orang yang duduk di atas tanah tak akan pernah jatuh,
dan manusia tidak akan pernah menendang anjing yang sudah mati. Adapun
mereka, marah dan kesal kepada Anda adalah karena mungkin Anda
mengungguli mereka dalam hal kebaikan, keilmuan, tindak tanduk, atau
harta. Jelasnya, Anda di mata mereka adalah orang berdosa yang tak
terampuni sampai Anda melepaskan semua karunia dan nikmat Allah yang
pada diri Anda, atau sampai Anda meninggalkan semua sifat terpuji dan
nilai-nilai luhur yang selama ini Anda pegang teguh. Dan menjadi orang
yang bodoh, pandir dan tolol adalah yang mereka inginkan dari diri Anda.
Oleh sebab itu, waspadalah terhadap apa yang mereka katakan.
Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka.
Bersikaplah laksana batu cadas; tetap kokoh berdiri meski diterpa butiran-butiran
salju yang menderanya setiap saat, dan ia justru semakin kukuh
karenanya. Ertinya, jika Anda merasa terusik dan terpengaruh oleh kritikan
atau cemuhan mereka, berarti Anda telah meluluskan keinginan mereka
untuk mengotori dan mencemarkan kehidupan Anda. Padahal, yang terbaik
adalah menjawab atau merespon kritikan mereka dengan menunjukkan
akhlak yang baik. Acuhkan saja mereka, dan jangan pernah merasa tertekan
oleh setiap upaya mereka untuk menjatuhkan Anda. Sebab, kritikan
mereka yang menyakitkan itu pada hakekatnya merupakan ungkapan
penghormatan untuk Anda. Yakni, semakin tinggi darjat dan posisi yang
Anda duduki, maka akan semakin pedas pula kritikan itu. La’Tahzan!

Betapapun, Anda akan kesulitan membungkam mulut mereka dan
menahan gerakan lidah mereka. Yang Anda mampu adalah hanya mengubur
dalam-dalam setiap kritikan mereka, mengabaikan solah polah mereka pada
Anda, dan cukup mengomentari setiap perkataan mereka sebagaimana yang
diperintahkan Allah,
{Katakanlah (kepada mereka): “Matilah kamu karena kemarahanmu itu.”}
(QS. Ali ‘Imran: 119)
Bahkan, Anda juga dapat ‘menyumpal’ mulut mereka dengan
‘potongan-potongan daging’ agar diam seribu bahasa dengan cara
memperbanyak keutamaan, memperbaiki akhlak, dan meluruskan setiap
kesalahan Anda. Dan bila Anda ingin diterima oleh semua pihak, dicintai
semua orang, dan terhindar dari cela, berarti Anda telah menginginkan
sesuatu yang mustahil terjadi dan mengangankan sesuatu yang terlalu jauh
untuk diwujudkan.





Examinitis menyerang lagi

12 06 2008

Kecut perut? Hilang selera makan? Tidur tidak lena? HIlang fokus? Ini merupakan simptom-simptom serangan examinitis yang selalunya menyarang kawasan kota dan bandar-bandar besar di seluruh dunia. Penyakit ini tidaklah begitu kronik jika mahu diukur dengan skala kemanusian seperti mana yang dihadapi oleh sebahagian manusia di Palestin, Darfur, Iraq, Filipina, Selatan Thailand dan banyak lagi. Apatah lagi jika mahu dinilai dengan neraca Ilahi yang mana sesiapa yang mengidapnya akan dirawat di bahagian pesakit luar. Namun setiap yang kecil jika tidak disikapi dan dihadapi dengan cara yang sepatutnya boleh mendatangkan kesan yang amat memudaratkan. Begitu juga dengan penyakit examinitis ini. Malahan keaadaan pesakit akan bertambah buruk sekiranya tidak menyedari akan terdapatnya penyakit ini pada dirinya sepertimana keadaan manusia pada hari ini yang kebanyakkannya tidak menyedari akan kesakitan yang mereka hadapi yang menyebabkan mereka terus menerus berada di dalam kesengsaraan. Maka di sini disertakan maklumat lanjut tentang examinitis dan cara menghadapinya.

Nama saintifik: Examinitis

Golongan sasar yang mudah dijangkiti:

Secara kasar: semua golongan yang berada di institusi-institusi pendidikan terutamanya golongan muda yang berumur 17-26 tahun

Most vulnerable:

  • Pelajar tajaan yang mempunyai perjanjian dengan penaja
  • Ciri-ciri lain yang tidak dapat disenaraikan

Tanda-tanda awal:

  • Sudah tidak PD (baca PeDe atau mudahnya percaya diri)
    • Tidak mendapat keputusan yang diharapkan
    • Mencuba tetapi masih merasa hampa
    • Gagal mengesani punca yang membawa kepada hilang percaya diri
    • Tertekan dengan expectation masyarakat (baca bisikan halus dari dalam diri yang mendatangkan gambaran-gambaran negatif )
  • Dan lain-lain lagi yang sukar untuk diperkatakan namun mudah untuk digambarkan

Bagi sesiapa yang mengidapnya, di sini disertakan beberapa kaedah tradisional yang tidak luput ditelan zaman semenjak ratusan tahun yang lampau.

  • Ambil wudhu dan mulakan analisa diri secara telus dan tulus
    • Berikut disertakan sebahagian checklist analisa;
      • Keikhlasan niat dan perbuatan
      • Usaha yang tersusun dan berterusan
      • Kefahaman akan konsep usaha dan tawakal
      • kefahaman terhadap keperluan dan pergantungan kepada Allah
  • Memahami bacaan dalam solat dan zikir al-mathurat
    • sebagai contohnya:
    • Ÿ

      286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”.

  • Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati
    • Telaahlah buku La Tahzan La Tahzan Jangan Bersedih (Don’t Be Sad). Author: Aidh Abdullah Al-Qarni. Sedikit keratan buat menggugah jiwa:
    • Orang-orang yang berwawasan sempit senantiasa melihat seluruh alam
      ini seperti apa yang mereka alami. Mereka tidak pernah memikirkan apa
      yang terjadi pada orang lain, tidak pernah hidup untuk orang lain, dan
      tidak pernah memperhatikan sekitarnya. Memang ada kalanya kita harus
      memikirkan diri kita sendiri dan menjaga jarak dari sesama, yaitu tatkala
      kita sedang melupakan kepedihan, kegundahan, dan kesedihan kita. Dan,
      itu artinya kita dapat mendapatkan dua hal secara bersamaan:
      membahagiakan diri kita dan tidak merepotkan orang lain.
      Satu hal mendasar dalam seni mendapatkan kegembiraan adalah
      bagaimana mengendalikan dan menjaga pikiran agar tidak terpecah. Apalagi
      bila Anda tidak mengendalikan pikiran Anda dalam setiap melakukan
      sesuatu, niscaya ia tak akan terkendali. la akan mudah membawa Anda
      pada berkas-berkas kesedihan masa lalu. Dan pikiran liar yang tak terkedali
      itu tak hanya akan menghidupkan kembali luka lama, tetapi juga
      membisikkan masa depan yang mencekam. Ia juga dapat membuat tubuh
      gemetar, kepribadian goyah, dan perasaan terbakar. Karena itu, kendalikan
      pikiran Anda ke arah yang baik dan mengarah pada perbuatan yang
      bermanfaat.
      {Dan, bertawakallah kepada Dzat Yang Maha Hidup dan tidak pernah mati.}
      (QS. Al-Furqan: 58)
  • Life is a test so look forward and start working briliantly




Lately things have been so stressed for you

12 06 2008
Artist: Native Deen
Album: Deen You Know
Title: Test

Lately things have been so stressed for you
It seems like life is trying to mess with you and pester you
You thought you knew exactly what to best pursue
You working hard on those things that you set to do
But you confess it’s true that your success is few
And your folks are only helping in depressing you
You try to do the Deen but they be stressing you
And it gets to you but you suppress that too
An exam, you go and study day and night
You pray and write, hope for a grade you like
But when you get the test you’re in dismay and fright
There’s no A in sight and only 8 were right, wow!


And what about the sister you enquired about
She’s so pious, devout that it required a scout
But then you get the news her Wali fired you out
They were wired, no doubt, to someone higher in clout
Lately its seems that your calling in life
Is just you falling in strife
The word appalling is right
And you notice you’ve been feeling sick, why who knows
So you call upon the doctor she can eye it close
She tells you I suppose, that you wont be very happy when I diagnose
Although you try your hardest not to cry it shows
It’s a monster load, and your strength is sinking
You start wondering and thinking

What’s going on? it seems all wrong, why am I the one struggling along?
I don’t know why I’m hurting, I never hurt nobody
My life I’m living right, but it’s crumbling around me
How strong is my faith this time? (got to pass the test)
Will my solution include Haram? (got to pass the test)
I gotta be strong during times like these, (got to pass the test)
I know after hardship there goes ease! (got to pass the test)

It’s a test, (from Allah), a test (from your Lord), it’s a test (what you gonna do?), gotta realize it’s a test (4x)

Folks used to say you were smarty kid
Others made mistakes but you hardly did
Since then man, life has just been marvelous
You stand tall like an obelisk
It’s obvious
Your high paying job is never arduous
Your living in your crib and you got marble this and marble that
Others dream to rival that
And your blessed to never draw major debt
because success is your motto nothing keeps you down
Passing peeps in town, yo by leaps and bounds
People clapping when you talk because of deep renown
You drive Hummers and top model jeeps around
You know its bad and haram to be a miser and boast
But your healthier and wealthier and wiser than most
You gotta an adviser to those, who try to propose
Cause there’s so many potentials that they line up in rows
You got it all, the power the money the wealth
Your thinking God’s gotta love you more than anyone else
But wait Whoa wait a second, this isn’t what your thinking
You gotta stop and think why you getting all the blessings
Don’t want to let it shake ya, or let the devil make ya
Forget to praise Allah and then fail the test your taken
No doubt you’re gonna try your best
Gotta be thankful and pray no less
Already gotta head up above the rest
Cause you realize this is just a test

Chorus

So face it, in life, you’ll be tested at times
The devil, he’s bright, don’t let him mess with your mind
Yo, we’re blessed, the Divine, which is the best for mankind
So He (God) gives us exams so don’t get stressed out and whine
Even the best of all humanity was tested Himself
Allah can test us with calamity or test us with wealth
Can you hold back from profanity and focus yourself
Or maybe keep away from vanity and function in stealth
It’s tough, trust me I know that it’s rough
But after pain comes ease and you’ll be blessed from above
I hope when the time for my test comes along I will cope and I’ll find I’ll be blessed when I’m strong
So my people, when life is a mess
You gotta focus and realize, this could be your test.





Tak kenal maka tak cinta

31 05 2008

Benarlah kata orang tak kenal maka tak cinta! dan sememangnya itulah hukum alam, tak kenal maka tak cinta! dan menggapai cinta itu tidaklah semudah menghamburkan kata cinta mahupun menyusun sebarisan ayat cinta kerana begitulah hakikatnya. Maka kutujukan kepada semua sang pencinta (tidak terkecuali pechenta dan seumpama dengannya yang membawa maksud yang sama)

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani